membaca ayat mudah

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Aktiviti P&P pada hari ini adalah untuk mengajar murid-murid membaca ayat mudah yang mengandungi perkataan berstrukturkan suku kata vkv, kvkv
KEMAHIRAN      : Membaca ayat mudah yang mengandungi perkataan berstrukturkan suku kata VKV, KVKV
  

Langkah-Langkah P&P
1.      Murid-murid diminta memakai topi dan topeng hari jadi yang telah disediakan.
Contoh :



2.     Murid diminta mengeja dan membaca perkataan pada kad imbasan secara:
-       Kumpulan
-    Individu
contoh perkataan :

                  3. Murid digalakkan membaca kad bacaan yang dilekatkan pada piring kertas dalam kumpulan masing-masing.


Guru membimbing murid-murid dalam kumpulan dari aspek sebutan dan intonasi yang betul semasa aktiviti ini dijalankan.

                 4.       Aktiviti kelas.
-        Murid akan membaca teks bacaan secara individu di pentas bacaan yang dihiasi belon berwarna-warni.

-        Murid lain akan meneliti bacaan rakannya dan membuat pembetulan jika terdapat kesalahan yang dilakukan.
-        Murid yang dapat membaca dengan lancar akan mendapat hadiah hari jadi merupakan hamper barangan.

                  5.      Guru bersoaljawab berkaitan teks bacaan untuk menguji tahap kefahaman  
                          murid.

                  6.      Aktiviti bertulis.
-        Murid menjawab soalan kefahaman berdasarkan teks bacaan.
-        Murid membina ayat mudah berdasarkan kad sorong tarik secara kumpulan dan menulis dikad aktiviti yang diberi.
-        Guru menyemak hasil kerja murid dalam kumpulan .
contoh ayat :

-        Murid diminta menyalin ayat yang dibina ke dalam buku latihan masing-masing.