bilik titian kasih

Inilah bilik Pemulihan Khas yang terdapat di Sek. Keb. Seksyen 20, Shah Alam yang diberi nama Bilik Titian Kasih. Terdapat seramai 8 orang murid Tahun 3 yang mengikuti pembelajaran di kelas ini iaitu 6 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Di awal tahun, seramai 9 orang murid LINUS TEGAR Tahun 2 yang dihantar ke sini. Tetapi, syukur alhamdullilah setelah mengikuti P&P di sini dan menjalani saringan 4 (Lisan dan Tulisan) seramai 5 orang murid dapat dipulihkan dan 3 orang lagi dipulihkan selepas menjalani saringan 5 baru-baru ini. Sekarang yang tinggal seorang murid lelaki LINUS TEGAR. Ini pun kerana murid ini kerap tidak hadir ke sekolah.